Friday 16 November 2012

ANAK ITU MASIH PUNYA HATI

aku tulis cerita ni bukan nak mintak simpati
cerita aku bukan pasal ditinggal kekasih lari
cerita aku realiti
tak semua rasa tapi aku yakin semua ada hati

aku ada mak
aku ada bapak
aku ada adik
aku yang sulong. contoh terbaik. tak boleh salah. tak boleh bodoh. tak boleh hodoh.
melayu tipikal kan?

bapak aku tak kerja. dah berenti dekat setahun setengah. tapi tiap pagi mak ak gosok kemeja. gosok seluar hitam siap side tepi. buat buat sibuk. ke hulu ke hilir. jumpa customer katanya. tapi Allah lebih tahu kan.. mungkin malu kalo kawan tahu dah tak ada kerja. tolong bini kemas rumah. mungkin salah. mungkin jatuh standard. mungkin jugak bukan tanggunjawab seorang suami tolong isteri yang pergi cari nafkah untuk kemas rumah.

mak  aku kerja isnin sampai jumaat. 8 pg 5 ptg. kerja taip menaip. tulis surat. gaji rm 800. ade tiga anak perlu disekolahkan. dua di institut pengajian tinggi. satu semester makan lima enam ribu perbelanjaan. itupun disuruh anaknya berjimat cermat. yuran saja 2000. bukan anak itu tidak ada hati nak keluar dengan kawan. karaoke, bowling, mendaki gunung. tapi anak tu ada hati lagi. anak itu masih punya hati lagi untuk bantu mak yang separuh mati perah keringat.

cuti semester datang lagi. sebelum sampai rumah anak itu dah telefon.
"kak, ada kerja kosong tak? saya cuti seminggu. nak kerja seminggu boleh?".
jejak kaki di rumah, mak belum pulang lagi. bapak entah ke mana.
digodak air kopi. perut minta diisi.

"mak. akak kerja besok."
"baru mula cuti da kerja? bapak ko nak bukak carwash esok. nampak macam adik ko kene tolong. tak ada pekerja lagi."
"oh yeke? baguslah. ada jugak kerja. banyak benda nak tanggung. yuran pun tak bayar lagi. bapak kan ada. dia tolonglah cuci sekali. nak jadi bos je?".
"mak tak boleh nak kata apa. dia punya."
"banyak sangat ke duit nak bayar gaji orang?"
"ko tau kan bapak ko bukan boleh ditegur. sudahlah. nanti ade je yang bercakar".

.................................................................................................................................................................
"along, ko tengah kerja ke? bapak tak ada ni. tak ada yang tolong cuci. matila aku sorang".
aku dah kata. bapak aku nak cuci kereta?
jatuh standard la kan. dulu jual kereta. kasut kilat. baju kemeja. seluar slack.
sekarang kene cuci kereta? kasut boot. seluar tiga suku. baju pun t-shirt lusuh.
mungkin malu kalau terjumpa kawan-kawan.
mungkin ada yang berkata-kata nanti.

"kak. saya minta maaf. bukan saya sengaja buat macamni. saya ada masalah keluarga. gaji semalam akak tak perlu bayarlah. saya janji kan seminggu. tapi saya dapat kerja sehari. hari ni pun sekerat hari.saya kene balik sekarang. maaf kak."

semput nafas aku nak kejar bas. terbayang wajah adik cuci kereta sorang. pelanggan mestilah nak cepat.

"eh ko anak Mat kan? ni kan keje laki. mane bapak ko?"
"bapak tak sihatla pakcik.lagipun tak salahkan. tukang masak pun makin ramai laki. tak salah perempuan buat keje ni."

................................................................................................................................................................
"ngah, ko jangan cerita dekat mak aku tolong kat carwash. nanti mak sedih bapak macamtu".

bunyi kereta masuk di garaj rumah. aku dan angah saling berpandangan.

" along! mane along? ko sengaja nak malukan bapak kan? semua kawan bercerita kat kedai aku xpandai jaga anak perempuan. suruh anak yang pergi cuci kereta. aku jadi bos. ko sengaja kan? ko kenapa cari pasal selalu?

'bukan camtu pak. kesian adik cuci kereta sorang. along pun cakap kat pak man bapak xsihat".

"ko dari kecik sampai besar menyusahkan aku. aku suruh belajar pandai- pandai. jadi doktor. dapat biasiswa xpayah susah nak pikir bayar yuran. ko bodoh. enjoy sana-sini. sekarang ko malukan aku lagi. sebelum ko tambah susah aku, ko keluar la dari rumah ni! aku xpernah mintak tolong pon kerja kat carwash aku tu. aku memang tak mampu bayar gaji ko. ko ade ijazah. cakap ko sume betul kan? aku dengar ko cakap dengan mak. aku malu jadi kuli. nak jadi bos je!ape lagi yang ko nak cakap?"

berderai airmata mak aku nampak. aku kemas kain baju. aku keluar.

duabelas tahun aku tinggalkan rumah tu. aku nampak muka bapak dalam akhbar online kelmarin.
CARWASH BERJAYA RAIH LEBIH 200 PELANGGAN SEHARI.

aku senang di bumi matahari terbit ni. 5 tahun aku di sini. aku dah ada doktor yang dia nak.
bukan pakar bedah atau pakar jantung. tapi aku ada PhD.

bapak tak pernah cari aku. mungkin tak perlu.
tapi anak ni masih ada hati. masih sedar tanggungjawab seorang anak.
mak selalu telefon tanpa pengetahuan bapak.
"along baliklah. kalau tak sayang mak lagi, kasihankan mak pun cukuplah".
"bapak masih sama macam tu kan mak? lagi tambah perniagaan dah maju".
mak senyap. tak terkata apa.
"kalo ada hati, along balik nanti mak".






No comments:

Post a Comment